πŸŒ‹Letusan Gunung Berapi

Saksikan letusan gunung berapi yang menggoncang dunia

⏰ 20 minit

πŸ§ͺ Kimia

πŸ‘Ά Umur 5+

5.0

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

Berdasarkan kepada review Dr Mad

πŸ“š Pengenalan

Terdapat pelbagai jenis bahan kimia yang ada di atas muka bumi ini. Ada yang diklasifikasikan sebagai asid, ada alkali dan ada juga neutral.

Dalam eksperimen ini, kita akan perhatikan apa tindak balas yang berlaku apabila kita campurkan asid dengan bahan alkali.

πŸ§ͺ Bahan Esperimen

πŸ§‚ 2 sudu makan sodium bikarbonat(Baking soda)

πŸ§ͺ 1/2 cawan cuka masakan

πŸ’§ 2-3 titik sabun pencuci pinggan

🩸 2-3 titik pewarna merah

πŸ«™ Botol air kosong kecil (200ml)

🎨 Plastesin

πŸ₯› Gelas Lutsinar

πŸ“‹ Demo Dr Mad

Komik Sains (1/5)

1. Gunakan plastesin untuk membentuk gunung berapi disekeliling botol.

πŸŽ‰ Hasil Eksperimen

Apa yang anda Lihat?

πŸŒ‹ Lahar gunung berapi meletus keluar

πŸ’­ Buih - buih soda menyelaputi gunung berapi

⏰ Gandakan bahan eksperimen untuk letusan yang lebih lama dan besar

Sains disebaliknya:

Apabila sodium bikarbonat(base) bercampur dengan cuka(asid), ianya membentuk asid karbon yang tidak stabil dan mudah terurai semula menjadi air dan karbon dioksida.

Tindak balas ini menghasilkan tekanan yang menyebabkan lahar memancut keluar dari botol yang sempit.